suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Rakyat AS Diculik Di Baghdad

KEDUTAAN Amerika Syarikat (AS) di Baghdad mengesahkan beberapa rakyatnya telah diculik di Iraq pada awal tahun ini.

"Kami sedang berkerjasama penuh dengan pihak berkuasa Iraq untuk mengesan lokasi dan menyelamatkan tebusan," kata kedutaan tersebut.

Laporan yang belum disahkan oleh pihak berkuasa Iraq mendakwa tiga warga AS bersama seorang penterjemah telah diculik di selatan Baghdad.

Bagaimanapun pegawai kedutaan AS belum mendapat kepastian mengenai jumlah warganya yang diculik termasuk lokasi dan bilakah mereka ditahan.

Seorang pegawai memberitahu pemberita, tiga kontraktor itu hilang pada Jumaat lalu.

"Sebuah syarikat telah membuat aduan bahawa tiga pekerjanya telah hilang sejak dua hari lalu. Mereka merupakan kontrkator warga AS. Kami sedang meneliti laporan berkenaan.

"Keselamatan rakyat AS di luar negara merupakan kepentingan utama kami," kata jurucakap Jabatan Negara AS, John Kirby.

Baghdad, Iraq

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain