Enam Rakyat Kanada Maut Dalam Serangan Di Burkina Faso - Trudeau - Dunia | mStar

Enam Rakyat Kanada Maut Dalam Serangan Di Burkina Faso - Trudeau

Justin Trudeau.

MONTREAL: Enam warga Kanada maut selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam sebuah hotel di ibu negara Burkina Faso pada Jumaat, kata Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Sabtu.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa yang terbunuh.

"Kami menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa Burkinabe dalam siasatan jenayah paling dahsyat ini," kata Trudeau dalam satu kenyataan.

Kerajaan negara tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan identiti enam rakyatnya yang maut itu.

Namun kerajaan Quebec mengesahkan enam yang maut adalah dari Kanada.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan pada Sabtu, Perdana Menteri Quebec, Philippe Couillard mengkritik serangan tersebut.

"Tiada apa yang dapat menjelaskan perbuatan pengecut dan tidak sepatutnya berlaku.

"Perbuatan kebencian ini mengingatkan kita bahawa kita tidak boleh berkompromi dengan nilai-nilai kebebasan, demokrasi dan toleransi," kata Couillard.

Kanada , Burkina Faso , Justin Trudeau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Obama Ampun Tiga Rakyat Iran

Lebih Artikel