suria

Nasib 12 Kru Helikopter Marin AS Terhempas Belum Diketahui

Helikopter pengangkut jenis CH-53E itu terhempas lewat Khamis lalu.

HALEIWA, Hawaii: Pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari dua helikopter Marin AS yang terhempas di Kepulauan Oahu ketika menjalani misi pada waktu malam.

Setiap sebuah helikopter tersebut membawa enam kru.

Buat masa ini, nasib kru dan punca nahas masih belum diketahui.

Helikopter pengangkut jenis CH-53E itu terhempas lewat malam Khamis lalu.

Beberapa jam kemudian, helikopter pengawal pantai dan pesawat C-130 mengesan serpihan kira-kira empat kilometer di luar pesisir pantai. 

Kapten Marin, Timothy Irish berkata serpihan bangkai helikopter itu bertaburan di kawasan seluar 3.2 kilometer.

Namun, jurucakap pengawal pantai, Leftenan Scott Car memberitahu cuaca buruk menyukarkan usaha mencari, dengan angin bertiup sehingga 37 kilometer sejam dan ombak setinggi enam meter.

"Ia menghanyutkan serpihan pesawat ke merata tempat sehingga menyukarkan usaha mencari," katanya.


Artikel Sebelum

Obama Ampun Tiga Rakyat Iran

Artikel Berikut

Artikel Lain