suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Obama Ampun Tiga Rakyat Iran

Barack Obama.

WASHINGTON: Presiden Barack Obama mengampunkan tiga warga Iran yang didakwa melanggar sekatan ketika pihak berkuasa Amerika Syarikat menggugurkan dakwaan atau mengurangkan hukuman ke atas lima lagi rakyat dari negara Republik Islam itu.

Proses pengampunan itu merupakan sebagai sebahagian perjanjian yang dirunding secara rahsia.

Malah, Tehran turut membebaskan empat warga AS.

Perjanjian itu menghilangkan halangan utama kepada pemulihan hubungan kedua-dua musuh lama itu.

Namun perjanjian itu mendedahkan pentadbiran Obama kepada kritikan.

Perjanjian pertukaran banduan dengan Iran dibuat pada hari sama kuasa besar dunia menarik balik sekatan ekonomi terhadap Tehran sebagai balasan kepada langkah mengekang program nuklear dan melaksanakan perjanjian nuklear antarabangsa.

Parti Republikan menyambut baik pembebasan rakyat Amerika tetapi mengkritik ihsan yang ditunjukkan kepada warga Iran yang didakwa dengan melanggar sekatan. 


Barack Obama, pengampunan, Iran

Artikel Lain