suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leher Tertusuk Dua Batang Besi, Mangsa Akui Bertuah Kerana Hidup

SEORANG penunggang motosikal mendakwa dia bertuah kerana masih hidup walaupun lehernya tertusuk dua batang besi dalam satu kemalangan.

Dalam kejadian itu, mangsa, Hamar Singh Rajput dilapor sedang menunggang motosikal sebelum hilang kawalan dan merempuh belakang lori yang membawa muatan binaan di Rajasthan, India.

Akibat rempuhan itu, besi yang dibawa lori berkenaan tertusuk di lehernya mangsa yang berusia 26 tahun.

Batang besi berukuran satu meter itu turut menembusi belakang Hamar.

Mangsa ketika itu turut mengakui akan mati walaupun masih mampu mengawal perasaan.

"Dua batang besi tertusuk di leher saya selepas merempuh belakang lori.

"Saya sedar mengalami kecederaan parah dan kematian semakin hampir," katanya.

Mangsa yang dibawa ke hospital berdekatan kemudian berjaya dirawat dan dikeluarkan besi tersebut dalam satu pembedahan.

Rajasthan, India

Artikel Sebelum

Jerebu: 19 Maut Di Indonesia

Artikel Lain