suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Kolonel Antara Mangsa Helikopter Ditembak Jatuh

TRIPOLI: Beberapa pegawai tinggi tentera Libya dipercayai terkorban apabila helikopter yang dinaiki ditembak sebelum terhempas ke laut berhampiran bandar Maya dekat sini.

Selain pegawai tentera, helikopter itu dikatakan turut membawa sejumlah besar wang tunai.

Ketua Kakitangan Kerajaan Tripoli, Kolonel Mustafa al-Sharkasi berkata, helikopter itu dalam perjalanan pulang ke ibu negara ini apabila ia ditembak jatuh. 

Sumber keselamatan memberitahu, sekurang-kurangnya 13 mayat ditemui daripada 19 penumpang termasuk tiga pegawai tentera berpangkat Kolonel.

"Mereka menaiki helikopter kerana perjalanan melalui darat lebih berisiko di sekitar kawasan bergolak," kata sumber itu.

Bagaimanapun, setakat ini, punca sebenar kejadian itu belum diketahui.

Keganasan meluas di Libya menyaksikan bermula sejak penggulingan dan pembunuhan pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi pada 2011.



Artikel Lain