suria

Hujan Kurangkan Jerebu, Jarak Penglihatan Tambah Baik Di Singapura

SINGAPURA: Hujan yang melanda Singapura dan kawasan sekitarnya pagi ini mengurangkan keadaan berjerebu dan meningkatkan jarak penglihatan di sini, menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA).

Bagaimanapun, NEA berkata masih ada jerebu yang menyelubungi kawasan perairan pulau itu.

Setakat pukul 8 pagi ini, indeks standard pencemaran (PSI) 24 jam berada pada 102-124, pada tahap tidak sihat dan kepekatan zarah terampai (PM) 2.5 dalam tempoh sejam berada pada 3-6g/m3.

Untuk sepanjang hari ini, tiupan angin diramal terus bertiup dari timur dan keadaan cuaca yang semakin pulih dijangka berterusan.

Hujan dan ribut petir dijangka berlaku pada lewat tengah hari ini.

Kualiti udara untuk 12 jam kemudian dijangka antara sederhana ke paras bawah tahap tidak sihat. -- Bernama


jerebu, Singapura, PSI

Artikel Lain