suria

Angka Kematian Akibat Jerebu Di Indonesia Cecah 19 Orang

JAKARTA: Angka kematian akibat jerebu di sebahagian kawasan di Indonesia meningkat kepada 19 orang, kata menteri, Khofifah Indar Parawansa pada Rabu.

Jumlah tersebut hampir sekali ganda daripada bilangan yang terakhir dikemaskini mengenai kematian disebabkan oleh pembakaran terbuka yang semakin teruk di negara itu.

Dianggarkan setengah juta rakyat Indonesia mengalami penyakit pernafasan sejak pembakaran terbuka berlaku pada Julai lalu.

Terdahulu, agensi bencana Indonesia memaklumkan bahawa pembakaran itu mengakibatkan 10 orang maut, dengan sebahagiannya ketika mahu menangani kebakaran dan selebihnya disebabkan oleh pencemaran.

Bagaimanapun, menteri sosial Indonesia pada Rabu mengesahkan angka kematian telah meningkat.

"Setakat pagi ini, angka kematian akibat jerebu adalah seramai 19 orang," kata Khofifah Indar Parawansa di sini.

Kesemua mangsa dari Sumatera dan Kalimantan. - AFP

jerebu, Khofifah Indar Parawansa

Artikel Lain