suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Bom: Sembilan Terbunuh, 33 Cedera

KABUL: Seramai sembilan orang awam terbunuh manakala 33 lagi cedera dalam satu serangan bom di timur Afghanistan pada Ahad.

Serangan terhadap satu perlawanan sukan itu dilakukan pada hari sama kumpulan militan menyerang pasukan polis negara itu.

Bagaimanapun tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap letupan bom itu manakala kumpulan Negara Islam (IS) dilaporkan melakukan serangan terhadap polis di Nangarhar, berdekatan sempadan Pakistan.

"Maklumat awal mengatakan seramai sembilan orang, kesemuanya orang awam terbunuh.

"Musuh dipercayai meninggalkan bahan letupan pada sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran gelanggang sukan tersebut," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi.

Saksi mendakwa, keadaan gelanggang sukan itu dipenuhi darah selepas letupan berlaku.





Afghanistan, Pakistan

Artikel Lain