suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Libya: Tujuh Militan, Tiga Anggota Tentera Terbunuh Dalam Pertempuran

BENGHAZI, Libya: Tujuh ahli kumpulan militan dan tiga anggota tentera Libya disahkan terbunuh dalam pertempuran antara kedua-dua pihak yang berlaku pada Sabtu dan Ahad.

Agensi berita kerajaan yang mendakwa, sumbernya di hospital Al-Jalaa memberitahu, seramai tiga anggota tentera maut manakala 21 lagi cedera dalam pertempuran selama dua hari itu.

Tujuh ahli kumpulan Negara Islam (IS) Libya terbunuh manakala tujuh lagi berjaya ditahan.

Ketua tentera kontroversi, Khalifa Haftar mengumumkan satu serangan menentang pemberontak dimulakan sejak 19 September dan akan bergerak hingga ke Tripoli.

Libya yang merupakan sebuah negara aman sebelum ini bertukar menjadi huru-hara apabila pemimpin utamanya Moamer Kadhafi digulingkan pada 2011.

Libya, Benghazi

Artikel Berikut

Artikel Lain