suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Israel Tidak Boleh Dibiarkan Bebas Tanpa Hukuman

NEW YORK: Israel tidak boleh dibiarkan bebas tanpa hukuman berhubung tindakannya berterusan melakukan serangan dan pencerobohan di Al-Quds Al-Sharif, termasuk serangan baru-baru ini ke atas Masjid Al-Aqsa yang menyedihkan rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.

Menegaskan tindakan pelanggaran hak secara provokotif dan terang-terangan oleh Israel itu langsung tidak boleh diterima, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan itu jelas melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

"Namun, pihak Israel terus melakukannya dan bebas daripada hukuman. Kita tidak boleh membiarkan ini berterusan tanpa sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.

Anifah berkata demikian semasa menyampaikan kenyataan Malaysia pada mesyuarat kedua Peringkat Menteri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Mempertahankan Perjuangan Palestin dan Al-Quds Al-Sharif di sini pada Sabtu.

Malaysia, katanya mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan oleh Israel ke atas  masjid itu dan serangan terhadap umat Islam.

PBB, Israel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain