suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Insiden Rempuhan Di Mina: Arab Saudi Tolak Kritikan Iran

Adel al-Jubeir

NEW YORK: Arab Saudi menolak kritikan Iran mengenai cara negara itu mengendalikan jemaah haji berikutan kejadian rempuhan yang berlaku di Mina pada Sabtu lalu.

"Saya percaya rakyat Iran pasti lebih bijak daripada bermain politik dengan tragedi yang menimpa jemaah haji ketika mereka sedang melakukan ibadah suci berkenaan," kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir.

Presiden Iran, Hassan Rouhani yang kini berada bersama Adel di sini telah menuntut Arab Saudi mendedahkan siasatan berikutan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, Jubeir hanya memberikan pesanan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry bahawa negaranya sedang berada dalam siatuasi getir ketika ini.

"Kerajaan mempunyai sejarah panjang dalam membelanjakan dana besar untuk menjaga keselamatan jemaah haji bagi memastikan mereka berjaya menunaikan ibadah berkenaan.

"Kami akan mendedahkan fakta-fakta apabila semuanya selesai. Kita tidak akan sembunyikan apa-apa," kata Jubeir


Mina, Arab Saudi, Iran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

John Terry Parkir Di Petak OKU

Artikel Lain