suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut, 23 Cedera Bot Berlanggar Di Thailand

Pasar Terapung di Daerah Amphawa.

BANGKOK: Seorang pelancong wanita dari Hungary terbunuh dan 23 pelancong lain cedera apabila bot yang dinaiki merempuh sebuah bot lain, jelas polis pada Sabtu.

Mangsa berusia 61 tahun meninggal dunia itu selepas bot yang dinaiki berlanggar dengan sebuah lagi bot kosong di daerah Amphawa, wilayah Samut Songkram, kira-kira 80 kilometer dari barat dari kota Bangkok pada petang Jumaat.

Bot tersebut dalam perjalanan membawa rombongan tersebut melihat kelip-kelip di Sungai Mae Klong, berdekatan dengan pasar terapung dan kawasan homestay, jelas pegawai polis Daerah Wattana, Nualsrida kepada AFP.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian otak ," kata pegawai itu.

Tambahnya, salah seorang daripada dua pelancong dari Korea Selatan turut mengalami kecederaan serius. 

Manakala dua lagi penumpang yang cedera turut berasal dari Hungary.

Kedutaan Hungary di Bangkok mengesahkan seorang rakyatnya terbunuh dalam kemalangan bot tetapi masih belum mendapat butiran terperinci.

Bot berlanggar, Wanita Hungary

Artikel Sebelum

Artikel Lain