suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang Rakam Imej Sayap Pesawat Disambar Kilat

SEORANG penumpang merakamkan imej sayap sebuah pesawat disambar kilat ketika sedang membuat penerbangan dalam keadaan ribut petir.

Portal Mirror melaporkan imej tersebut dirakamkan semasa dalam penerbangan pesawat Boeing 777 dari Singapura ke Seoul.

Ketika kejadian, penumpang berkenaan, Myagmarsuren Ricci sedang merakamkan pemandangan luar menerusi tingkap dari tempat duduknya.

Secara tiba-tiba kelihatan satu cahaya yang besar menyambar sayap pesawat itu.

Bagaimanapun, cuaca buruk itu tidak merosakkan pesawat tersebut dan ia terbang melalui awan ribut.

Pesawat itu kemudiannya selamat mendarat di Korea Selatan lebih awal beberapa minit daripada jadual ketibaan.

Jurucakap Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan British (BALPA), Kapten Steven Draper memberitahu MailOnline Travel: "Panahan kilat tidak akan menjejaskan penerbangan sebuah pesawat walaupun ia terbang berdekatan atau melalui ribut petir, juruterbang mungkin mengamalkan prosedur tertentu.

"Juruterbang menggunakan radar cuaca untuk mengelakkan kawasan paling teruk dilanda ribut."



Artikel Lain