suria

Dua Juruterbang Dipecat Benarkan Model Terbangkan Pesawat

Xipolitakis (tengah) bersama dua juruterbang di dalam kabin pesawat.

DUA juruterbang dipecat selepas membenarkan seorang pelakon dan model warga Argentina menerbangkan pesawat penumpang yang sepatutnya dipandu mereka semasa berlepas dari lapangan terbang.

Portal Mirror melaporkan satu rakaman menunjukkkan wanita berkenaan, Vicky Xipolitakis sedang menerbangkan pesawat itu semasa berlepas di lapangan terbang di Buenos Aires bagi penerbangan ke Rosario di tengah Argentina.

Juruterbang dan pembantu juruterbang terbabit didapati melanggar peraturan antarabangsa kerana membiarkan orang awam masuk ke dalam kabin.

Satu rakaman video menunjukkan model itu menjerit: "Saya akan membuat kelajuan dan berlepas" sambil menekan beberapa di dalam kabin, seolah-olah dia berpengalaman dalam menerbangkan pesawat.

Kedua-dua juruterbang berkenaan turut berjenaka dengan memberitahu bahawa wanita tersebut memiliki sebahagian pesawat itu kerana dia merupakan pembayar cukai maka dia berhak untuk menerbangkannya.

Ketua syarikat penerbangan Aerolíneas Argentinas, Mariano Recalde mengesahkan dua juruterbang itu, Patricio Zocchi Molina dan Federico Matías Soaje telah dipecat kerana tindakan mereka tersebut.

Recalde memberi jaminan untuk bertindak tegas dan membuat penyiasatan secara adil berhubung insiden.

Beliau berkata: "Ia merupakan tanggungjawab dengan meletakkan nyawa secara berisiko. Kami memecat juruterbang terbabit sebaik sahaja mendapat tahu mengenai keadaan yang berlaku.

"Mereka merupakan dua individu yang bertanggungjawab meletakkan ramai orang dalam keadaan berisiko dari segi keselamatan sebagaimana yang terkandung dalam Perkara 190 Kanun Keseksaan.

"Ia merupakan perkara terpeincil tetapi melibatkan kepentingan awam. Oleh itu, kami perlu bertindak tegas kerana tidak mahu membenarkan keadaan seperti itu berlkau dan akan diteliti sama ada mereka dianggap melakukan jenayah atau tidak," katanya.

Beliau menambah, Xipolitakis akan turut berhadapan dengan sekatan oleh syarikat penerbangan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain