suria

18 Pelancong Cedera Nahas Belon Udara Panas

Salah seorang mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

SERAMAI 18 pelancong cedera pada Jumaat selepas belon udara panas yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Cappadocia, Turki.

Portal Mirror melaporkan bahawa dipercayai belon itu hilang kawalan selepas dipukul angin kencang dan terkena pada kabel elektrik.

Keadaan itu mengakibatkan kebakaran sehingga belon itu menjunam ke darat.

Sembilan mangsa yang cedera dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani rawatan.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera parah.

Sebelum kejadian berlaku, belon udara panas itu dinaki 20 orang untuk menyaksikan pemandangan di destinasi pelancongan popular di Cappadocia.

Mangsa terdiri daripada 14 pelancong warga China, dua warga Amerika Syarikat (AS), dua warga Greece, manakala masing-masing seorang dari Brazil dan Turki.

Juruterbang belon udara panas mengalami kesan melecur peringkat pertama di bahagian lengan dan kepalanya.


Artikel Lain