suria

Serangan Terbuka Di Tepi Pantai Tunisia, 27 Maut

TUNIS: Seramai 27 orang termasuk pelancong terbunuh selepas serangan rambang dilakukan oleh lelaki bersenjata di pantai yang menjadi tumpuan di Tunisia pada Jumaat.

Serangan terburuk di negara Afrika Utara itu berlaku beberapa jam selepas pengebom berani mati meletupkan diri di sebuah masjid Syiah di ibu negara Kuwait yang mengorbankan 13 orang.

Saksi menyifatkan kejadian tersebut sebagai suasana panik yang sukar digambarkan berlaku di kawasan pelancongan yang terletak kira-kira 140 kilometer ke selatan Tunis.

"Lelaki bersenjata telah memasuki kawasan itu melalui belakang hotel sebelum melepaskan tembakan secara terbuka.

"Jumlah kematian adalah seramai 27 orang termasuk pelancong," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mohamed Ali Aroui tanpa mendedahkan warga negara mangsa.

Tambahnya, ia merupakan serangan pengganas yang mensasarkan Hotel Marhaba di daerah Port El Kantaoui district.

"Penyerang itu turut terbunuh," katanya tanpa mendedahkan sama ada terdapat lebih daripada seorang pembunuh.


Tunis, Tunisia

Artikel Sebelum

Artikel Lain