suria

Al-Qaeda Ancam Serangan Baharu Di Perancis

Orang ramai berkumpul untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa serangan pengganas terhadap akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo di JFK Plaza yang lebih dikenali sebagai 'Love Park' di Philadelphia.

WASHINGTON: Seorang pegawai Al-Qaeda di Semenanjung Arab mengancam untuk mengadakan serangan terbaharu di Perancis selepas insiden pembunuhan di ibu pejabat Charlie Hebdo dan sebuah pasaraya di Paris, demikian kata kumpulan pemantau pada Jumaat.

"Lebih baik anda menghentikan pencerobohan terhadap umat Islam, jadi mungkin anda akan hidup dengan selamat. Jika anda menolak dan memilih untuk berperang...tunggu 'berita baik', " kata Harith al-Nadhari yang dipetik daripada rakaman video.

Dia mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan selama tiga hari di Perancis yang mengorbankan 17 nyawa.

Salah seorang suspek dalam serangan di Charlie Hebdo belajar di Yaman, di mana beliau menghadiri kem latihan Al-Qaeda, demikian menurut sumber keselamatan Yaman.

Charlie Hebdo, Al-Qaeda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain