suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

QZ8501: Kedudukan Kotak Hitam Dikesan

Kotak hitam.

PANGKALAN BUN: Sistem sonar pada kapal Jadayat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan kedudukan kotak hitam milik pesawat AirAsia QZ8501 di Selat Karimata di Laut Jawa dekat sini.

"Kita boleh beri jaminan kepada anda bahawa ia merupakan kotak hitam daripada pesawat itu kerana sistem sonar telah mengeluarkan bunyi isyarat 'ping'," kata Komander Tentera Indonesia, Jeneral Moeldoko ketika menaiki kapal tentera laut KRI Banda Aceh pada Jumaat, seperti dipetik oleh portal kontan.co.id.

Beliau berkata, kotak hitam itu dikesan pada kedudukan kira-kira 2.4 kilometer dari lokasi ekor pesawat dijumpai.

"Kita telah menghantar enam penyelam tentera untuk mencarinya (kotak hitam)," katanya.

Kotak hitam merupakan bahagian penting dalam setiap penyiasatan nahas dan insiden pesawat kerana mengandungi Perakam Suara Kokpit (CVR) dan Perakam Data Penerbangan (FDR). – The Jakarta Post/ANN


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain