suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Terbunuh Dalam Insiden Tebusan Di Pasar Raya Paris

Pasukan polis berhimpun di sebuah jalan selepas sekurang-kurangnya seorang cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kedai runcit halal di Porte de Vincennes, timur Paris pada Jumaat. Foto AFP

PARIS: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan seorang lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pasar raya di timur Paris pada Jumaat, kata sumber.

Menurut sumber lagi, sekurang-kurangnya lima orang ditawan menjadi tebusan.

Penyerang itu disyaki merupakan lelaki bersenjata yang sama menembak mati seorang anggota polis wanita di Montrouge di selatan Paris pada Khamis.

Sumber polis berkata, suspek berkenaan mempunyai kaitan dengan dua beradik yang menyebabkan 12 orang terbunuh dalam satu serangan di pejabat akhbar mingguan, Charlie Hebdo di Paris pada Rabu lalu. 

Polis menyiarkan gambar dan nama suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di timur Paris.

Menurut sumber terdekat penyiasatan, insiden tembakan berlaku di Porte de Vincennes, timur Paris pada petang Jumaat.

"Ia merupakan insiden tembakan 'Montrouge'," kata salah satu sumber, sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya seorang dilaporkan cedera.

Sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara, dan pasukan polis mengerumuni kawasan itu, dan meminta supaya orang ramai berada di dalam rumah. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain