suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

36 Maut Akibat Serangan Bersenjata Di Kenya

NAIROBI: Seramai 36 pekerja sebuah kuari di sini dilaporkan maut apabila berlaku serangan bersenjata oleh seorang lelaki pada Selasa.

Pertubuhan Palang Merah memberitahu, serangan pada awal pagi Selasa itu berlaku di kawasan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Mandera - bersempadan dengan kawasan bergolak Somalia.

Serangan bersenjata itu merupakan yang kedua dalam minggu ini selepas seorang lelaki maut manakala 12 lagi cedera pada Isnin.

Dalam serangan pertama di bandar Wajir, seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan dan meletupkan bom di dalam sebuah bar.

Keadaan itu turut menimbulkan kebimbangan masyarakat setempat untuk keluar termasuk berkerja.

Nairobi, Kenya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain