suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

9 Maut Dalam Serangan Berani Mati Di Upacara Pengebumian

Gambar pada 27 Oktober lalu menunjukkan pasukan keselamatan Afghanistan mengawal keselamatan di lokasi letupan bom berani mati di Kunduz, Afghanistan. Foto EPA

KUNDUZ (Afghanistan): Serangan bom berani mati di upacara pengebumian di utara Afghanistan mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang pada Isnin.

Letupan berkenaan diikuti beberapa siri serangan di ibu negara itu yang menambahkan lagi kebimbangan Afghanistan dapat menangani keganasan itu apabila tentera NATO pimpinan Amerika Syarikat (AS) mula mengurangkan operasi mereka.

Pasukan NATO di Afghanistan akan membuat perubahan pada 31 Disember depan dari misi pertempurannya kepada peranan sokongan, dengan jumlah tentera yang dikurangkan kira-kira 12,500 orang berbanding bilangan mereka seramai 130,000 pada 2010.

"Seorang pengebom berani mati meletupkan bahan letupan di upacara pengebumian di daerah Burka pada pagi ini," kata Ketua Polis wilayah Baghland, Aminullah Amarkhil kepada AFP.

"Laporan awal menunjukkan sembilan orang termasuk dua polis, maut dan kira-kira 18 orang cedera," katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain