suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1.7 Juta Pelarian Syria Berdepan Krisis Kelaparan

SERAMAI lebih 1.7 juta pelarian Syria di Jordan, Lebanon, Turki, Iraq dan Mesir bakal berdepan krisis kelaparan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghentikan Program Makanan (WFP).

PBB sebelum ini menyediakan makanan kepada pelarian menerusi WFP dengan menyalurkan voucher pembelian yang membolehkan rakyat Syria itu mendapatkan makanan di kedai-kedai.

Bagaimanapun akibat kekurangan dana, PBB kini akan hanya menanggung separuh daripada pelarian iaitu dengan cuba membantu seramai 4.25 juta orang.



Pengarah Eksekutif WFP, Ertharin Cousin berkata, pihaknya merayu orang ramai dari seluruh dunia menyalurkan dana supaya pelarian tersebut tidak menghadapi kesulitan.

Jelasnya, kesulitan yang dihadapi pelarian dalam mendapatkan makanan mampu membawa bencana kepada negara yang ditumpang.



Cousin memberitahu, krisis kelaparan selain itu akan menyebabkan wabak penyakit menular dari negara ke negara sehingga menyebabkan banyak kematian kelak.

Syria, PBB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain