suria

Dua Maut Susulan Keputusan Mahkamah Bebaskan Mubarak

Pasukan polis mengejar penunjuk perasaan di hadapan bangunan mahkamah Mesir yang mengumumkan keputusan membebaskan Hosni Mubarak.

KAHERAH: Keputusan mahkamah menggugurkan tuduhan membunuh terhadap bekas presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak mencetuskan suasana huru-hara hingga menyebabkan sekurang-kurangnya dua nyawa terkorban.

Penduduk yang terbabit dalam perhimpunan membantah keputusan itu diserang pasukan keselamatan Mesir di Dataran Tahrir pada Sabtu.

Kemarahan rakyat itu didorong oleh keputusan membebaskan Mubarak berhubung pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011, serta pertuduhan rasuah melibatkan eksport gas ke Israel.

Dalam insiden sama, media tempatan Mesir turut melaporkan sembilan penunjuk perasaan mengalami kecederaan, manakala beratus-ratus lagi ditahan.

Laporan Press TV yang menemubual saksi memberitahu, kenderaan berperisai serta polis anti rusuhan menutup pintu masuk ke Dataran Tahrir pada sebelah petang.

Semuanya berlaku beberapa jam selepas mahkamah Mesir membuat keputusan itu, termasuk membebaskan komander keselamatan bekas presiden berkenaan.

Bagaimanapun, beliau kekal dalam penjara kerana sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun susulan kes rasuah berasingan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain