Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi - Dunia | mStar

Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi

MIAMI: Gurauan seorang doktor yang memberitahu terdapat bom di dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami membawa padah apabila dia dikenakan denda hampir AS$90,000 (RM308,553).

Manuel Alvarado, 60, perlu membayar sebanyak AS$89,172 (RM307,868) kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Tindakannya itu turut mengakibatkan usaha pemindahan kecemasan terpaksa dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, banyak penerbangan ditunda dan pemeriksaan oleh skuad bom polis, kata peguamnya, Brian Bieber.

Insiden tersebut berlaku sejurus sebelum penumpang menaiki penerbangan Aviance ke Bogota pada 22 Oktober lalu apabila doktor warga Venezuela itu dengan nada bergurau memberitahu pegawai keselamatan bahawa dia membawa bahan letupan jenis C-4.

Walaupun dia kemudiannya memberitahu bahawa kenyataan tersebut hanya sekadar gurauan tetapi ia sudah terlambat kerana pihak berkuasa lapangan terbang mengambil seirus terhadap perkara itu.

Bieber berkata, dia tidak berniat untuk menakutkan sesiapa dan menyedari apa yang dilakukannya sebagai kesilapan terburuk dalam hidupnya.
Sejak tragedi serangan terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2011 , penalti terhadap ancaman bom telah diperketatkan beberapa kali.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain