suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Ditemui Mati Kurung Diri Dalam Penyejuk Beku

MELUN (Perancis): Seorang wanita warga Perancis ditemui mati dalam keadaan mengurung diri dalam penyejuk beku, dipercayai sebagai cubaannya membunuh diri, kata polis pada Selasa.

Wanita berusia 57 tahun itu dipercayai mengalami masalah kesunyian kerana hidup bersendirian.

Pegawai bomba membuat penemuan yang mengerikan itu selepas mendapat arahan untuk memeriksa rumah wanita berkenaan di pinggir Paris.

Anak perempuan kepada wanita berkenaan menghubungi pihak berkuasa kerana bimbang selepas tidak mendapat sebarang khabar berita daripada ibunya.

Menurut sumber polis kepada AFP, para pegawai menemui mayatnya dalam keadaan terperosok di dalam penyejuk beku selepas pemeriksaan dibuat ke atas rumah itu.

"Dia telah mengurung dirinya di situ (penyejuk beku) sebagai cubaan untuk membunuh diri," kata sumber itu.

Pihak berkuasa turut menemui lima pucuk surat daripada wanita yang dialamatkan kepada beberapa ahli keluarganya. - AFP



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain