suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Cedera, Bom Buatan Sendiri Meletup Di Selatan Thai

PATTANI: Sebutir bom buatan sendiri meletup di tempat letak motosikal di Khokpo, selatan Thailand pada Rabu, menyebabkan 10 orang cedera dan dua daripadanya parah.

Lebih 60 motosikal turut musnah dalam kebakaran akibat letupan itu.

Ketua Polis Daerah Khokpo, Pol. Col. Kampanat berkata bom yang diletakkan pada sebuah motosikal meletup ketika pasukan sukarelawan sedang membuat pemeriksaan di kawasan letak motosikal itu pada kira-kira 9.30 pagi.

Suspek yang dipercayai berada di kawasan berdekatan mengaktifkan bom dengan walkei talkie, katanya.

Katanya anggota bomba dan penyelamat mengambil masa 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu.

Sementara itu, tiga orang awam ditembak di daerah Khokpo pada 6 petang tadi.

Seorang daripada mereka mati di hospital manakala dua lagi cedera.
bom, selatan Thai

Artikel Lain