suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Israel Serbu Ibu Pejabat Akhbar Palestin

RAMALLAH (Wilayah Palestin): Tentera Israel pada Rabu menyerbu masuk ke sebuah pejabat akhbar Palestin di sini untuk menghalang mereka daripada menerbit dan mencetak tiga penerbitan Hamas.

"Kami dimaklumkan yang kami tidak dibenarkan lagi mencetak dan mengedarkan akhbar Falastin, Al-Resala dan Al-Istiqlal," kata Pengurus Al-Ayyam dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga akhbar tersebut diterbitkan oleh Hamas.

Al-Ayyam turut mencetak tiga akhbar berkenaan sejak April, selepas Hamas yang memerintah Genting Gaza mencapai perdamaian dengan saingan mereka Al Fatah sekaligus menyaksikan ketiga-tiga penerbitan Hamas itu diedar dan dijual di Tebing Barat.

Pada 23 April yang lalu, Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang dikuasai oleh Fatah telah mencapai persetujuan untuk mengenepikan perbalahan mereka dalam usaha untuk membentuk sebuah negara Palestin yang bebas dan merdeka.

Keputusan tersebut telah ditempelak oleh Israel, yang menegaskan bahawa mereka tidak akan sekali-kali duduk di meja rundingan dengan mana-mana kerajaan Palestin yang disokong oleh Hamas.

Israel masih melabelkan pergerakan Hamas sebagai satu pergerakan pengganas.

Awal bulan ini, satu lagi penerbitan iaitu Al-Quds, yang sebelum ini hanya diedar di Tebing Barat telah dibenarkan semula dijual di Genting Gaza untuk pertama kalinya sejak 2007.

Artikel Lain