suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Lelaki Paling Gemuk Meninggal Dunia

SEORANG lelaki Mexico yang pernah diiktraf sebagai lelaki paling gemuk di dunia meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Manuel Uribe, 48, dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu berikutan denyutan jantung yang tidak normal.

Dia meninggal dunia di Hospital Universitario di Monterrey.

Meme - panggilan mesranya di kalangan ahli keluarga dan teman rapat diktraf lelaki paling berat didunia iaitu seberat 559 kilogram (kg).

Ekoran itu rekodnya tercatat dalam Guinness World Record.

Walau bagaimanapun, dia mengalami beberapa komplikasi kesihatan dan hanya terlantar sejak sembilan tahun yang lalu.

Meme berjaya mengurangkan berat badannya kepada 394kg.

Pada 2008, dia berkahwin dengan Claudia Solis.

Kematiannya disahkan oleh pegawai kesihatan tempatan namun doktor belum mengesahkan punca kematian.
Manuel Uribe

Artikel Lain