suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banduan Paling Ganas Mengamuk Kerana Arsenal Juara Piala FA

Bronson

BANDUAN paling ganas di Britain mengamuk di dalam penjara selepas berang dengan kemenangan Arsenal pada saingan Piala FA hujung minggu lalu.

Charles Bronson, 61, yang merupakan penyokong tegar Tottenham Hotspur dilaporkan mahu Hull City menang dalam perlawanan tersebut.

Dia yang dipenjara seumur hidup di Penjara Sutton kerana menculik dan merompak bertindak berlumur dirinya dengan mentega sebelum mengamuk.

Bronson merupakan seorang samseng yang digeruni sebelum ditahan dan dipenjarakan.


Bronson bertindak demikian bagi menyukarkan warden penjara untuk menangkapnya ketika mengamuk.

Berikutan kejadian itu, seramai 12 warden mengalami kecederaan.

Dalam surat yang ditulis kepada bekas isterinya, Kate Kray, Bronson menceritakan kejadian yang menyebabkan tulang rusuknya patah.

Banduan itu berkata, "Saya mahu Hull menang sebab saya penyokong Spurs, saya benci melihat Arsenal dan kegembiraan mereka."

Arsenal

Artikel Lain