suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Nigeria Kesan Lokasi 200 Pelajar Disembunyikan Boko Haram

TENTERA Nigeria mendakwa mengetahui lokasi kumpulan pengganas, Boko Haram menyembunyikan 200 pelajar perempuan yang diculik tetapi enggan menggunakan kekerasan untuk menyelamatkan mereka.

Panglima Tenteranya, Masrshal Alex Badeh berkata, "berita baik kepada keluarga wanita yang diculik ialah kami mengetahui di mana mereka berada, tetapi kami tidak boleh mendedahnya."

"Kita tidak boleh ke tempat itu dan menyerang kerana ia akan membunuh mereka."

Seramai 200 pelajar perempuan sebuah sekolah telah diculik sejak lima minggu lalu oleh kumpulan pengganas Boko Haram yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Menurut dakwaan akhbar tempatan negara itu, mangsa telah ditahan di sebuah lokasi di utara Nigeria, berdekatan Tasik Chad yang terletak kira-kira 200 batu dari lokasi mereka diculik.

Boko Haram, Al Qaeda, Nigeria

Artikel Lain