suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand: Protes Antirampasan Kuasa Diteruskan

BANGKOK: Kumpulan antirampasan kuasa di Thailand terus mengadakan protes di ibu negara tanpa menghiraukan larangan berbuat demikian oleh lima orang atau lebih meskipun junta tentera memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mereka yang terbabit.

Kempen protes 'antirampasan kuasa' masuk hari keempat yang bertujuan menggesa pilihan raya umum diadakan dan pemerintahan demokrasi dipulihkan selepas pihak tentera mengambil alih kuasa pada 22 Mei lalu.

Sejumlah besar penunjuk perasaan antirampasan kuasa kelihatan berkumpul di Tugu Kemenangan petang Isnin.

Anggota tentera dan polis antirusuhan digerak ke lokasi itu bagi menguat kuasa undang-undang tentera manakala sekurang-kurangnya seratus penunjuk perasaan meneruskan kempen mereka tanpa sebarang insiden tidak diingini meskipun situasi kadangkala agak tegang.

Pada Ahad menyaksikan kumpulan terbesar penunjuk perasaan iaitu kira-kira 1,000 orang.

Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Keharmonian (NCPO) mengumumkan bahawa semua jenayah terhadap konstitusi monarki Thailand, termasuk undang-undang lesemajeste, dan keselamatan negara serta hasutan akan didakwa di mahkamah tentera.

Mereka yang didapati melanggar perintah NCPO juga akan dihadapkan ke mahkamah sama.

Thailand, Antirampasan Kuasa, tentera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain