suria

Modi Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri India Baharu

Narendra Modi

NEW DELHI: Nationalis Hindu, Narendra Modi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri India yang baharu pada satu majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri Pakistan buat kali pertama dalam sejarah dua negara ini serta negara-negara lain.

Modi,63, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada  Isnin, sepuluh hari selepas sayap kanan nasionalis Hindu, parti Bharatia Janata (BJP) menang besar, dengan memperoleh majoriti oleh satu parti buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun.

“Saya, Narendra Damodardas Modi, bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya akan mengekalkan integriti India," ucapnya.

“Saya akan bekerja tanpa rasa gerun, marah atau benci, dan akan melaksanakan keadilan sepertimana yang termaktub di dalam kod perlembagaan," lafaz perdana menteri ke-15 India itu.

Modi dijangka memansuhkan 26 jawatan kerajaan di dalam kabinet barunya, dalam usaha melicinkan proses membuat keputusan.

Pemimpin wanita paling senior BJP Sushma Swaraj diwar-warkan bakal dilantik sebagai menteri luar manakala sekutu Modi, Arun Jaitley yang merupakan seorang peguam dilihat sebagai pilihan utama menerajui portfolio kewangan.

Manakala Modi pula dikatakan bakal melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pertahanan di bawah rombakan Kabinet di mana pasukannya dijangka mendapat 23 jawatan penuh Kabinet.

Artikel Sebelum

Artikel Lain