suria

Pembunuh Enam Pelajar Kolej Dakwa Ibunya Dari Malaysia

Rodger dikatakan mempunyai masalah pergaulan sosial dan kecewa dengan hidupnya.

PETALING JAYA: Suspek kes bunuh enam pelajar di Santa Barbara, California Ellie Rodger  mendakwa ibunya berasal dari Malaysia.

Dia mendedahkan ibunya keturunan Cina dan dilahirkan di Malaysia dalam dokumen bertajuk "Twisted My World - The Story Of Elliot Rodger" yang dihantar kepada beberapa orang termasuk kepada ibu bapa serta pakar terapinya melalui email sejam sebelum dia mengamuk melepaskan tembakan Jumaat lalu. 

Dokumen 140 muka menceritakan kehidupannya ketika kanak-kanak, mengenai keluarganya, kawan-kawan dan dalam babak terakhir dia menjelaskan secara terpirinci mengenai rancangan pembunuhan.

Menurut dokumen yang menjadi sambutan di internet itu, ibunya dari Malaysia dan berpindah ke England ketika remaja untuk bekerja sebagai jururawat di beberapa set penggambaran filem.

"Dia menjadi kawan dengan beberpa individu penting industri filem termasuk George Lucas dan Steven Spielberg.

"Dia juga pernah bercinta dengan George Lucas untuk masa yang singkat," tulis Rodger .

Rodger yang dilahirkan di London turut menceritakan perasaan gembira ketika bercuti ke Malaysia bersama keluarganya selepas hari lahir yang ketiga.

"Sesekali selepas hari lahir saya yang ketiga, kami semua pergi bercuti ke Malaysia, tempat lahir ibu saya. Kadang-kala saya teringat kenangan itu.

"Saya terlalu gembira. Kami turut melawat keluarga ibu saya,"tulisnya.

Namun selepas hari lahirnya yang ketujuh, Rodger memberitahu ibu dan bapanya, Peter Rodger yang bekerja sebagai pengarah filem di Hollywood, akan bercerai.

"Beberapa bulan sebelum itu, ibu saya ada memberitahu perkara sebegitu tidak akan berlaku. Saya sangat terkejut, marah, terharu dan semuanya ada. Itu adalah satu perubahan besar dalam hidup saya," katanya.

Pada hari lahir yang ke-13, Rodger berkata, ibunya telah membawa dia dan adiknya Georgia pergi bercuti di Malaysia, kali pertama tanpa bapanya.

Sebaik sahaja tiba di Penang, dia berkata berjumpa dengan beberapa sanak saudara termasuk neneknya yang dipanggil "Ah Mah".

"Kami bertemu nenek Ah Mah, adik perempuan ibu saya dan suaminya Jack serta sepupu, Emma. Mereka juga dari England melawat Malaysia," katanya.

"Sepanjang percutian ini, kami melawat sekitar Pulau Pinang- George Town, pergi ke 'water park' dan turut menikmati makanan eksotik di restoran," tambahnya.

Rodger berkata, percutian tersebut sangat bermakna dan dia langsung tidak merindui rumahnya di United State.

"Tempoh tiga minggu pantas berlalu, dan saya menangis apabila ia berakhir. Ia satu gambaran yang baik," jelasnya.

Pada hari kejadian, terdapat laporan mengenai Rodger yang mengatakan dia telah menikam tiga orang di sebuah apartmen miliknya sebelum melakukan tembakan.

Ketika itu, dia memandu sebuah kereta BMW bewrna hitam dan melepaskan tempakan di kawasan persisiran pantai yang terdapat ramai pelajar kolej tinggal di situ.

Tujuh orang meninggal dunia termasuk Rodger yang ditemui mati kesan tembakan di kepala dalam kereta miliknya itu.

Rodger dilaporkan mempunyai masalah Sindrom Asperger yang bermaksud austisma yang disifatkan melalui kesukaran dalam interaksi sosial sejak di awal usianya.

Dia juga telah dihantar berjumpa pakar terapi namun berhenti pada usia lapan tahun.

Selain itu, dalam vidoe yang dipos Rodger, dia meluahkan perasaan kecewa kerana pada usia 22 tahun masih teruna memandang tidak ada mana-mana wanita yang tertarik dengannya.

Artikel Lain