suria

PBB Senarai Hitam Boko Haram

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyenarai hitam dan mengenakan sekatan terhadap Boko Haram di Nigeria sebagai rangkaian yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda. 

Keputusan itu dibuat selepas sebulan Boko Haram dilaporkan menculik lebih 200 murid perempuan di negara itu. 

Langkah itu dengan segera disambut oleh Britain dan Amerika Syarikat (AS) yang dikuatkuasakan serta-merta selepas tiada bantahan dikemukakan di kalangan 15 anggota Majlis Keselamatan PBB. 

Tindakan sekatan PBB terhadap Boko Haram termasuk larangan berkaitan senjata api, pembekuan aset dan larangan perjalanan.

Boko Haram yang diwujudkan sejak 10 tahun lalu menuntut untuk menubuhkan kerajaan Islan terutama di utara Nigeria yang majoriti penduduknya Islam.

Serangan yang dilakukan oleh kumpulan itu menyebabkan ratusan nyawa terkorban sejak 2009.

Duta AS, Samantha Power mengalu-alukan langkah itu dan menyifatkan ia sebagai 'langkah penting' untuk menyokong usaha Nigeria bagi menumpaskan Boko Haram. 
Nigeria dikritik hebat oleh AS kerana gagal bertindak segera untuk memerangi Boko Haram dan meminta jawatankuasa sekatan Al-Qaeda untuk menyenarai hitamkan kumpulan berkenaan dan mengenakan sekatan.

“Ia satu langkah yang signifikan," kata Duta Nigeria, Joy Ogwu. 
Boko Haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain