suria

Bekas Hakim PM Baharu Korea Selatan

Ahn Dai-Hee

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye mengumumkan pelantikan bekas hakim Mahkamah Agung sebagai perdana menteri baharu negara itu.

Ahn Dai-Hee, 59, menggantikan Perdana Menteri Chung Hong-Won, yang meletak jawatan bulan lalu berikutan tragedi feri karam pada 16 April lalu yang mengorbankan lebih 300 orang.

Ahn memerlukan persetujuan Parlimen untuk secara rasmi diumumkan sebagai perdana menteri, tetapi ia hanya formaliti kerana parti pemerintah Parti Saenuri mempunyai majoriti di Parlimen.

“Beliau adalah orang yang tepat untuk memacu pembaharuan dalam struktur kerajaan, memperbetulkan amalan salah dan memajukan negara”, kata jurucakap presiden, Min Kyung-Wook.

Park juga menerima peletakan jawatan Ketua Perkhidmatan Perisikan Negara, Nam Jae-Joon serta Ketua Majlis Keselamatan Negara, Kim Jang-Soo.

Nam dan Kim dikritik hebat kerana tidak bertindak sewajarnya ketika bencana itu.

Kedudukan populariti Park menurun selepas tragedi Sewol dan parti Saenuri bimbang sokongan politik mungkin menurun pada pilihan raya tempatan 4 Jun depan.

Feri seberat 6,825-tan itu dengan kira-kira 476 orang karam pada 16 April. Setakat kelmarin, seramai 288 penumpang disahkan terkorban, kebanyakannya pelajar dan 16 yang lain masih hilang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain