suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Prayuth Diisytihar Pemangku PM

Prayuth kini pemangku perdana menteri Thailand.
BANGKOK: Pergolakan di Thailand memasuki fasa baharu apabila Ketua Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku perdana menteri pada Jumaat.

Tugas penting itu akan dilaksanakan Prayuth sehingga rejim baharu yang merampas kuasa Khamis menemui individu yang boleh berkhidmat untuk jawatan itu sepenuh masa.

Laporannya Bangkok Post memaklumkan pengumuman itu dibuat Majlis Keamanan dan Keselamatan Negara (NPOMC).

"Prayuth, yang juga Komander Tentera, akan bertindak sebagai perdana menteri untuk hal berkaitan pentadbiran," kata majlis berkenaan.

Pada Khamis, Prayuth melakukan rampasan kuasa tentera, menggulingkan kerajaan yang dipilih dan meletakkan negara ke dalam keadaan yang tidak menentu selepas beberapa bulan persengketaan politik buntu. 

Susulan itu, pada Jumaat pula tentera Thailand mengarahkan semua stesen televisyen dan radio negara itu menggantung program biasa mereka dan memaparkan siaran tentera sahaja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain