suria

India Sertai Misi SAR Pesawat MH370

KD Mahawangsa Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Selat Melaka. - foto KAMARUL ARIFFIN
NEW DELHI: Kapal Tentera Laut India yang membuat rondaan di Selat Melaka menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lepas. 

Satelit Tentera Laut India Rukmini atau GSAT-7 juga diaktifkan untuk merekodkan apa-apa petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan pesawat yang hilang itu, lapor Media India.

Operasi SAR memasuki hari kelima pada Rabu.

Lebih 40 kapal dan 26 pesawat dari pelbagai negara menyertai operasi SAR selepas pesawat itu hilang secara misteri daripada radar pada 8 Mac.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk lima warganegara India dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.


MH370, MAS, India

Artikel Lain