suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Terbunuh Dalam Pengeboman Berani Mati Di Syria

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam tiga serangan bom berani mati di sebuah hotel di bandar Qamishli, sebuah bandar Kurdish di Syria, pada Selasa, menurut NGO.

'The Syrian Observatory for Human Rights' berkata tiga pengebom berani mati meletupkan diri mereka di hotel Hadaya di Qamishli , membunuh lima orang, termasuk tiga wanita.

Serangan itu juga dilaporkan oleh agensi berita SANA, yang berkata sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh.

"Maklumat awal mengenai kematian tiga warganegara dan kecederaan yang mereka lain berlaku apabila tiga pengganas meletupkan diri di hotel Hadaya di Wihda, Qamishli," katanya.

Seorang aktivis Kurdish dari bandar itu memberitahu AFP bahawa hotel itu sedang digunakan oleh pasukan keselamatan 'Asayesh' Kurdish, tetapi tidak ada pengesahan serta-merta atau maklumat mengenai sama ada anggota pasukan keselamatan adalah antara yang terbunuh.

Qamishli adalah bandar terbesar majoriti Kurdish di Syria dan dipertimbangkan oleh minoriti sebagai ibu negeri wilayah Hasakeh di timur laut negara.
syria, kurdish, berani mati

Artikel Lain