suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rusia Nafi Tentera Mereka Kuasai Semenanjung Crimea di Ukraine

Sergei Lavrov

MADRID: Menteri Luar Rusia dengan tegas menyatakan pada Rabu bahawa kumpulan bersenjata yang kini menguasai kawasan-kawasan strategik di semenanjung Crimea termasuklah bangunan parlimen dan pejabat-pejabat kerajaan bukanlah anggota pasukan tentera mereka.

Sergei Lavrov berkata, sememangnya Rusia tidak mempunyai kuasa ke atas pasukan militia yang berseragam tentera ini.

"Bagaimana mungkin kami memberikan arahan kepada mereka jika mereka adalah pasukan militia yang terdiri daripada warga Ukraine sendiri yang bertindak semata-mata untuk mempertahankan diri mereka daripada menjadi mangsa opresi puak berhaluan kanan yang menguasai ibu negara Kiev sekarang," ujarnya kepada para pemberita di sini.

Katanya, Rusia tidak mempunyai kuasa ke atas kumpulan itu kerana mereka adalah terdiri daripada warga Crimea sendiri dan bukannya Rusia.

rusia, ukraine, Crimea, Sergei Lavrov

Artikel Lain