suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Turki Buat Kejutan Umum Pengunduran Jika Tewas Pilihan Raya Tempatan

Recep Tayyip Erdogan

ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Rabu membuat satu pengumuman yang mengejutkan negara itu dengan berkata yang beliau akan berundur jika partinya tewas pada pilihan raya tempatan hujung bulan ini.

Parti pimpinan Erdogan memerintah Turki sejak 2002.

"Saya telah bersedia untuk berundur jika kami tewas pada pilihan raya kerajaan tempatan 30 Mac ini," ujarnya.

Erdogan kini berhadapan dengan dakwaan rasuah dan korupsi selepas satu pita rakaman (yang masih tidak dapat disahkan keasliannya) yang kononnya merakamkan perbualan dengan anaknya tersebar dan menjadi buah mulut rakyat.

Dalam rakaman itu, Erdogan kedengaran berbual dengan anaknya Bilal bagaimanakah mereka harus menyembunyikan sejumlah wang yang besar pada 17 Disember lalu.

Erdogan menafikan wujudnya perbualan itu dan mendakwa ia adalah satu usaha jahat untuk menjatuhkannya.

Recep Tayyip Erdogan, turki, ankara

Artikel Lain