suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan Letupan Bom Korbankan 14 Nyawa Di Iraq

Seorang lelaki Iraq memeriksa bahagian letupan bom di Bandar Sadr City, timur Baghdad . -fotoAFP

BAGHDAD: Sembilan letupan bom - kebanyakkannya di sekitar kawasan bermajoriti Syiah - telah mengorbankan 14 nyawa pada Rabu.

Baghdad kini dilabelkan sebagai bandar paling tidak selamat di dunia kerana letupan bom khususnya bom kereta dilaporkan berlaku setiap hari sejak setahun yang lalu.

Pada hari ini sahaja, tujuh letupan bom kereta dan dua letupan di tepi jalan telah mengegarkan bandar ini dan mencederakan lebih 70 orang mangsa.

Letupan paling teruk pada Rabu berlaku di daerah Karrada di tengah bandar ini yang mengorbankan tiga orang manakala satu lagi letupan di Shuala turut memakan jumlah mangsa yang sama.

Pada Selasa, ibu pejabat Majlis Bandar Raya Baghdad diserang oleh pengebom berani mati.

Keganasan di Iraq telah mengorbankan 1,790 nyawa sejak Januari tahun ini.

baghdad, syiah, bom

Artikel Lain