Toyota Buat Keputusan Tutup Kilang Di Australia Selepas 6 Dekad Beroperasi - Dunia | mStar

Toyota Buat Keputusan Tutup Kilang Di Australia Selepas 6 Dekad Beroperasi

SYDNEY: Pengeluar kereta terbesar dunia,Toyota pada Isnin mengumumkan yang mereka akan menutup produksi di Australia dalam tempoh empat tahun dari sekarang walaupun Perdana Menteri, Tony Abbott merayu supaya tidak berbuat demikian.

Keputusan ini sekaligus meletakkan nasib dan masa depan 3,900 orang pekerja dalam situasi tidak menentu.

Toyota mengeluarkan kereta di Australia sejak tahun 1963 di Altona, pinggir Melbourne.

Model Toyota paling popular di Australia ialah Camry sedan.

Ketua Pembangkang, Bill Shorten menyifatkan keputusan itu sebagai berakhirnya industri kereta Australia.

Sebelum keputusan ini dibuat, Toyota adalah satu-satunya syarikat pengeluar kereta yang masih mengekalkan kilang pengeluaran mereka di Australia.

Toyota adalah syarikat pengeluar kereta yang kedua yang membuat pengumuman sedemikian selepas gergasi Amerika, General Motors (GM) turut mengambil pendirian yang sama Disember lepas.

GM yang meneruskan pengeluaran kereta asal keluarga Australia - Holden - menggaji 2,900 pekerja dan akan menutup produksi mereka pada tahun 2017, selepas enam dekad beroperasi.

Abbott telah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan Presiden Toyota Australia, Max Yasuda selepas GM membuat keputusan untuk menghentikan pengeluaran jenama Holden di Australia.

Sebuah lagi syarikat pengeluar iaitu Ford akan turut menghentikan operasi mereka pada tahun 2016. Ford mempunyai 1,200 orang pekerja.

Kali terakhir syarikat pengeluar kenderaan menutup operasi mereka di Australia ialah Mitsubishi lima tahun dahulu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

15 Jemaah Maut, Kebakaran Hotel Di Madinah

Artikel Berkaitan

default image

Ribut Salji Landa Jepun

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti

17 buah negara sertai Larian Bentong 2018