suria

15 Jemaah Maut, Kebakaran Hotel Di Madinah

RIYADH: Satu kebakaran berlaku di sebuah hotel di Madinah, Arab Saudi pada Sabtu, menyebabkan 15 jemaah maut, dan 130 lagi cedera.

Pegawai yang dipetik oleh SPA sebagai berkata, kira-kira 700 jemaah menginap di hotel itu di barat bandar Madinah bagi mengerjakan umrah.

Laporan awal mengatakan 12 orang terbunuh dalam kebakaran itu.

Stesen televisyen di Mesir berkata, rakyat Mesir merupakan antara mereka yang maut, dan jurucakap kementerian luar, Badr Abdelatty berkata, Kaherah masih sedang mengesahkan tentang bilangan rakyat negaranya yang terkorban.

Kebakaran itu berlaku pada tengah hari dan berjaya dikawal beberapa jam selepas itu, dengan mereka yang terselamat dipindahkan ke hospital lain di bandar itu.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan mengenai punca kebakaran itu. - AFP

Artikel Lain