Peluncur Air Tumbuk Muka Jerung Mahu Lepaskan Diri Dari Serangan - Dunia | mStar

Peluncur Air Tumbuk Muka Jerung Mahu Lepaskan Diri Dari Serangan

WELLINGTON: Seorang peluncur yang diserang ikan jerung di sebuah pantai di New Zealand bertindak menumbuk bahagian muka haiwan itu untuk melepaskan dirinya.

Ini adalah serangan jerung kedua di luar pantai selatan Pulau Selatan New Zealand dalam tempoh beberapa minggu.

Dalam kejadian terbaru pada petang Jumaat, seorang lelaki berusia 28 tahun berada kira-kira 50 meter dari pantai di Porpoise Bay apabila seekor jerung menggigit kakinya, meninggalkan tiga luka gigitan dari bahagian paha ke betis.

"Dia sedang duduk di atas papan luncur dan tidak diketahui dari mana jerung itu datang dan menyerangnya," rakan mangsa, Nick Smart memberitahu media.

"Dia bergelut beberapa ketika dan kemudian menumbuk jerung itu dan melepaskannya."

Lelaki itu kemudian berjalan sendiri ke pantai, dan terpaksa menunggu kira-kira 40 minit untuk ambulans tiba.

Bulan lepas seorang doktor New Zealand, diserang jerung di luar pantai selatan dan berlawan dengan jerung menggunakan pisau sebelum menuju ke pantai untuk menjahit lukanya sendiri.

Dia kemudian pergi pub berhampiran untuk minum bir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pilihan Raya Umum Afrika Selatan 7 Mei

Artikel Berkaitan

default image

Ribut Salji Landa Jepun