suria

Palau Larang Tangkapan Ikan Komersial, Jadi Pusat Perlindungan Marin

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Presiden Palau mengisytiharkan bahawa negara kepulauan Pasifiknya akan melarang aktiviti penangkapan ikan secara komersial, dan menjadi sebagai pusat perlindungan marin.

Presidennya, Tommy Remengesau Jr. dalam ucapan dasarnya pada mesyuarat PBB mengenai "Kebersihan Laut" bahawa sebaik sahaja kontrak penangkapan ikan tamat, hanya aktiviti memancing oleh penduduk di kepulauan itu dan pelancong dibenarkan di kawasan zon ekonomi eksklusif 200 batu nautika dari pantai.

Remengesau berkata, Palau akan dijadikan pusat perlindungan marin seratus peratus yang akan membolehkannya menjadi "kawasan alam semula jadi yang asli" dan mempromosikan 'snorkeling', menyelam skuba dan ekopelancongan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain