suria

Doktor Awam Anjur Mogok Mahu Kemudahan Perubatan Di Kenya

KENYA:Bilik kecemasan di beberapa hospital awam di Kenya kebiasaanya tidak mempunyai sarung tangan atau kemudahan perubatan yang lengkap.

Lebih menyedihkan, apabila gangguan bekalan elektrik memaksa doktor untuk menggunakan cahaya dari telefon mereka untuk melengkapkan prosedur.

Doktor di hospital-hospital awam di Kenya sedang menjalankan mogok hari ke-17 di seluruh negera bagi menunjukkan rasa sedih terhadap kemudahan di pusat penjagaan kesihatan awam negara tersebut yang terlalu rendah.

Bagaimanapun kerajaan Kenya enggan melayan permintaan terhadap kemudahan perubatan awam di negara itu.

Minggu lepas kerajaan membuang 1,000 daripada 2,000 doktor di hospital awam walaupun kekurangan secara dasarnya negara tersebut memerlukan pengamal perubatan yang mahir.

Percubaan untuk mengadakan perbincangan minggu ini dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Perkhidmatan Perubatan gagal telah menyebabkan doktor menjadikan media sosial sebagai tempat untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya memperbaiki keadaan. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain