suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

American Airlines Periksa Masalah Kerusi

NEW YORK: American Airlines pada Khamis berkata, ia tidak lama lagi akan memeriksa 48 pesawat Boeing 757 kerana masalah kerusi, yang mungkin akan dilanda masalah untuk menunda atau membatalkan penerbangan.

Jurucakapnya, Andrea Huguely berkata, syarikat penerbangan itu sedang bekerjasama dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) bagi mengambil langkah tambah “bagi mempertingkatkan ciri mekanisme mengunci untuk menjamin kerusi ke lantai pesawat” bagi sebahagian pesawat 757.

“Kerja-kerja ini dijangka akan selesai selepas 48 pesawat yang terbabit mendarat di destinasi seterusnya,” kata Huguely, sambil menambah bahawa sesetengah penerbangan “mungkin ditunda atau dibatalkan bagi memastikan kerja berkenaan disiapkan.”

Mengunci kerusi yang longgar menjadi masalah ke atas sekurang-kurangnya tiga penerbangan American Airlines, termasuk laluan Boston-Miami yang terpaksa membuat pendaratan cemas di New York.

Kerja itu dijangka akan disempurnakan menjelang Sabtu, kata Huguely. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain