suria

19 Pelajar Maut Dalam Tanah Runtuh Di Sekolah China

BEIJING: Kesemua 18 pelajar sekolah rendah maut tertimbus pada Jumaat, manakala seorang lagi turut terkorban selepas tanah runtuh di kampung di kawasan pergunungan di barat daya China.

Sekolah Rendah Tiantou ditimbus pada Khamis apabila berlaku tanah runtuh di lereng bukit di Zhenhe, sebuah kampung di wilayah Yunnan, kata kerajaan wilayah Yiliang di laman webnya.

Kesemua 18 pelajar tertimbus di sekolah disahkan meninggal dunia, kata kerajaan itu.

Agensi Berita Xinhua berkata, mayat mangsa ke-19 pula dijumpai pada Jumaat.

Tanpa memberi sebarang maklumat lanjut, kerajaan wilayah itu berkata, terdahulu seorang dilaporkan hilang dari sebuah rumah yang runtuh.

Kerajaan turut berkata, seorang cedera dalam insiden tanah runtuh itu telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain