suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Hospital Berisiko Banjir Di Thailand

BANGKOK: Empat hospital daerah di timur dan timur Thailand berdepan risiko dilanda banjir susulan ribut tropika yang dijangka berlaku hujung minggu ini.

Menteri Kesihatan Awam Wittaya Buranasiri dilapor hari ini sebagai berkata hospital terbabit kini diletak dalam keadaan berjaga-jaga.

Hospital berkenaan ialah Chaopraya-Aphibhubet di wilayah Prachinburi di timur dan Mahanakornratchasrima, Pakthongchai serta Sotor Ladyao di Nakornratchasrima, timur laut Thailand.

Ribut tropika Geami yang membawa hujan lebat dijangka melanda wilayah timur, timur laut dan tengah Thailand termasuk Bangkok bermula esok sehingga Isnin.

Setakat ini, hospital dalam subdaerah Tatoom di Prachinburi telah ditutup selepas ditenggelami air sedalam 60 cm.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi memberitahu hari ini, 30 wilayah akan menerima kesan ribut tropika tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain